Nama : Nur Diyana Ayuni Binti Rohisham
Angka Giliran : 2019092350151
Unit : Pendidikan Islam 3


Berdasarkan
ujian SEGAK yang saya lakukan pada 12 September 2019, saya mendapati berat
badan saya semakin meningkat iaitu sebanyak 1kg. Hal ini disebabkan pengambilan
makanan yang melebihi kuantiti kalori yang diperlukan oleh badan. Contohnya pengambilan
nasi yang lebih dari sepatutnya dalam seharian mempengaruhi berat badan saya. Walau
bagaimanapun, saya telah berusaha untuk menurunkan berat badan saya dengan
berjalan kaki atau bersenam. Menurut berjalan kaki selama satu jam boleh
membakar 238 kalori.
Manakala
tinggi saya meningkat sebanyak 0.9 cm. Di usia 18 tahun ini, ketinggian akan
meningkat dengan kadar yang sedikit kerana menurut kajian sains, tulang
episifis akan berhenti menumbuh sewaktu usia wanita dalam lingkungan 18 hingga
22 tahun.
Ujian
kedua ialah ujian naik turun bangku. Dalam ujian ini para pelajar perlu mengira
denyutan nadi setelah selesai menjalani ujian tersebut. Bilangan denyutan nadi
saya menunjukkan penurunan yang ketara iaitu daripada 170 denyutan kepada 100.
Ini menunjukkan stamina saya meningkat kerana banyak melakukan senaman secara berterusan
yang mampu mengawal kemampuan jantun, sistem salur darah dan sistem pernafasan
membekalkan oksigen kepada otot secara beterusan sewaktu melakukan aktiviti.
Seterusnya,
saya berpindah ke ujian tekan tubi yang bertujuan untuk mengukur tahap kekuatan
otot-otot seperti Deltoid, Triceps, Pectorilis dan sebagainya. Ujian tekan tubi
juga meningkat daripada 20 kepada 25. Kekuatan otot saya meningkat hasil disebabkan
senaman ‘plank’ iaitu senaman menampung berat dan berhubung dengan semua otot
penting antaranya ialah otot transverse.
Selain
itu, saya turut melaksanakan ujian ringkuk tubi separa. Melalui ujian ini,
perubahan amat ketara dapat saya lihat iaitu meningkat daripada 10 kepada 21. Ini
disebabkan saya kerap melakukan senaman serta praktis untuk memastikan
ketahanan otot di obdominis saya kuat sebagaimana yang kita sedia maklum bahawa
ujian ringkuk tubi separa bertujuan untuk meningkatkan kekuatan dan ketahanan
otot di bahagian abdominis (Redzuan, 2013).
Bagi
ujian jangkauan melunjur pula, perubahan yang meningkat daripada ujian pra
iaitu 26cm kepada 33cm. Hal ini kerana saya juga mempraktiskan senaman regangan
setelah bangun dari tidur malah sebelum melakukan apa-apa aktiviti saya akan
melakukan regangan untuk memanaskan badan secara tidak langsung dapat
meningkatkan kelenturan badan saya. Antara faedah regangan adalah dapat
memudahkan pergerakan sendi dan melancarkan peredaran darah (Shamsuri, 2009).
Akhir
sekali ialah ujian bleep yang menunjukkan peningkatan yang cukup membanggakan
saya iaitu daripada level 2-3 kepada level 3-2. Latihan jogging dalam kawasan
maktab telah banyak membantu saya untuk membina stamina kerana jogging mampu
menggalakkan otot jantung bekerja dan menghasilkan pergerakan yang efektif
untuk mengepam darah keseluruh badan bagi membekalkan oksigen.
Kesimpulannya, jelaslah senaman yang
berterusan mampu memberi kesan yang efisien dan bagus kepada fisiologi badan
manusia. Melalui perolehan data SEGAK Post ini saya dapat simpulkan bahawa saya
mestilah memastikan pengambilan makanan yang diambil tidak melebihi yang
diperlukan oleh badan saya serta memperbanyakkan lagi senaman untuk
meningkatkan daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot dan fleksibiliti.
![]() |
SEWAKTU UJIAN AMALI SEGAK. |